Cuba tengok gambar kat atas tu?Anda tergolong dalam kategori mana?Kalau types 1 and 2 maknanya anda memang penghidap sembelit.Sembelit memang kena rawat cepat-cepat sebelum jadi bertambah teruk kerana boleh mendatangkan pelbagai penyakit.Rawatan sembelit bergantung kepada berapa lama sembelit tu,tahap "keterukan" ,dan punca sembelit.
Sembelit sebenarnya boleh diatasi kalau kita ubah cara diet dan pemakanan kita.Elakkan ambil fast food kerana mengandungi kandungan garam yang tinggi.Lebihkan pengambilan air masak, makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan fiber.Air masak seeloknya diambil 3 liter sehari.Air akan memudahkan pergerakan usus agar lebih lancar.Selain tu,senaman pon boleh mengelakkan dan merawat masalah sembelit.Bersenamlah sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali seminggu .Bukan saja dapat elak sembelit,badan kita pon jadi lebih cergas dan sihat.
Kebiasaanya kalau ke klinik, doktor akan suggest julap untuk merawat sembelit.Julap terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk cecair,tablet,kapsul atau serbuk.Sekarang ni pon macam-macam jenis julap kat pasaran.Contohnya macam teh herba orang kampung.Kalau minum teh ni, memang asyik ulang-alik ke tandas je la.Tapi,julap pon tak elok jika digunakan selalu sebab usus akan bergantung kepada julap untuk membuang.
Seeloknya,rawatlah sembelit secara semulajadi agar tidak memudaratkan lagi kesihatan kita.

Comments
Post a Comment