Skip to main content

Hye

Assalamualaikum semua..

            Hye..First time tulis blog ni. Selama ni selalu baca blog orang je,tak sangka dah ade blog sendiri.Okaylar nak intro sikit pasal diri saya.Nama saya Najua. Tinggal kat Pahang. Umur 21 tahun.Tengah study lagi di UMP.Blog ni saya nak jadikan medium untuk saya share pasal life saya dan juga bisnes saya. Kalau semua nak tahu,saya merupakan Shaklee Independent Distributor. Sebenarnya , saya memang minat tentang supplement. Saya dah cuba bermacam macam supplement .Lebih -lebih lagi supplement untuk kecantikan. Saya memang kurang percaya dengan lambakan produk kat pasaran. Antara sebabnya sebab tak tahu asal usul produk tu dari mana.Takut bagi kesan yang buruk jer. Tapi Shaklee ni lain dari yang lain, saya sangat percaya dengan semua produk shaklee yang terjamin selamat.Lagipun dah bertapak di Malaysia lama dah dan penggunanya semakin hari semakin bertambah. Ramai juga orang berjaya dalam bisnes shaklee ni sampai saya pon terinspirasi sekali. Mana tahu saya pon boleh berjaya sama macam mereka. Aminn...Tu jelah serba sedikit pasal diri saya.Lepas ni banyak lagi nak cerita

Stay tuned.

           

Comments

Popular posts from this blog

Simptom Berlakunya Sembelit

Sembelit sebenarnya boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada kita .Sembelit berlaku  apabila najis atau bahan buangan bergerak perlahan melalui usus besar.Najis yang disimpan terlalu lama  akan menjadi keras dan kering.Ini akan menyebabkan rasa sakit ketika membuang.Sembelit ni bukanlah penyakit tetapi boleh menjadi simptom kepada penyakit.Contoh sembelit  boleh menjadi simptom kepada kanser usus.Apabila makanan ditinggalkan di dalam perut,hanya sebahagian sahaja akan dicerna.Semakin lama najis dalam usus,semakin keras dan keringla najis.Kuantiti najis juga akan meningkat sekiranya ignore perasaan nak ke toilet.Sembelit akan menjadi lebih teruk.Keadaan ini selalu terjadi kepada kanak-kanak.Mereka sanggup elakkan ke toilet di sekolah dan akhirnya terpaksa menahan lama. Ada juga sesetengah orang yang menganggap sembelit ni perkara biasa.Mereka tidak kisah kalau tidak membuang dalam jangka masa yang lama.Oleh itu,penting sangat kita mengetahui simptom sembelit.Antar...

Memahami Punca Sembelit

Sihat tu sebenarnya mahal sebab kalau sakit semua aktiviti akan terganggu.Sama juga dengan sembelit,bila sembelit perut kita akan menjadi kurang selesa dan mudah kembung.Masalah sembelit perlu dititikberatkan dari peringkat awal lagi kerana sembelit mengundang pelbagai jenis penyakit.Oleh itu,kita mestilah kenali punca sembelit dulu.Antaranya ialah: Diet yang tidak sihat Kekurangan fiber dalam diet seharian merupakan punca sembelit.Contoh fiber ni macam sayur,buah buahan, dan biji-bijian.Fiber membantu merangsang aktiviti saluran usus secara normal agar pergerakan usus menjadi lancar.Pengambilan fast food seperti pizza.maggi dan burger juga akan memberi kesan kepada usus kita.Sebenarnya fast food yang kita makan mengandungi bahan-bahan pengawet yang membahayakan kesihatan.Fast food juga mengandungi kadar garam yang tinggi,gula yang tinggi,berlemak tetapi mempunyai nutrisi dan kandungan vitamin serta mineral yang rendah.Bahan dalam fast food menyebabkan usus tidak dapat menyerap ...

Sembelit Mengundang Bahaya

Assalamualaikum..Sapa yang selalu bila nak membuang ,muka dia macam dalam gambar ni? Selalu sakit je sampai tak sanggup nak membuang? Tu tandanya anda menghadapi sembelit. Sembelit merupakan masalah yang dihadapi oleh ramai orang.Sembelit terjadi disebabkan kurang pengambilan  fiber, ataupun kurang pengambilan air dalam diet harian.Kebiasaan, setiap 25 kg memerlukan lebih kurang 1 liter air.Ramai yang rasa pengambilan air tidak penting. Minum air je sekadar menghilangkan haus semata mata. Pergerakan usus yang tidak normal sama ada kecil,keras atau kering menyebabkan sembelit.Kekarapan seseorang membuang adalah berbeza.Ada yang sekali sehari dan ada juga 2 atau 3 kali sehari.Sepatutnya,setiap orang mesti membuang minimum sekali sehari untuk mengelakkan pengumpulan najis pada usus.Najis yang disimpan di dalam usus dalam jangka masa yang lama,menyebabkan tubuh badan kita bertoksik.Bila toksik banyak berkumpul dalam badan dan tidak dapat dikeluarkan melalui usus,toksik akan ...