Skip to main content

Memahami Punca Sembelit

Sihat tu sebenarnya mahal sebab kalau sakit semua aktiviti akan terganggu.Sama juga dengan sembelit,bila sembelit perut kita akan menjadi kurang selesa dan mudah kembung.Masalah sembelit perlu dititikberatkan dari peringkat awal lagi kerana sembelit mengundang pelbagai jenis penyakit.Oleh itu,kita mestilah kenali punca sembelit dulu.Antaranya ialah:

Diet yang tidak sihat
Kekurangan fiber dalam diet seharian merupakan punca sembelit.Contoh fiber ni macam sayur,buah buahan, dan biji-bijian.Fiber membantu merangsang aktiviti saluran usus secara normal agar pergerakan usus menjadi lancar.Pengambilan fast food seperti pizza.maggi dan burger juga akan memberi kesan kepada usus kita.Sebenarnya fast food yang kita makan mengandungi bahan-bahan pengawet yang membahayakan kesihatan.Fast food juga mengandungi kadar garam yang tinggi,gula yang tinggi,berlemak tetapi mempunyai nutrisi dan kandungan vitamin serta mineral yang rendah.Bahan dalam fast food menyebabkan usus tidak dapat menyerap makanan tersebut dengan baik.

Kurang bersenam
Bersenam dapat membantu dalam melancarkan pembuangan toksik.Senaman  akan mngurangkan masa makanan melalui usus besar,ia akan mengurangkan jumlah amaun air yang diserap dari najis ke dalam badan.Najis yang keras dan kering susah nak melaluinya.Tambahan pula,senaman membantu kadar pernafasan dan denyutan jantung.Ini akan membantu merangsang pengecutan otot usus secara semulajadi.Otot usus yang  yang mengecut dengan efisyen akan melancarkan pembuangan najis.


Kurang pengambilan air
Air merupakan faktor utama untuk melancarkan pembuangan najis.Bila kita kurang minum air,najis pon akan jadi keras dan kering.Macam saya lah kan,siang akan minum 2 liter air dan pada sebelah malam pulak akan habiskan 1 liter air.So,cukupla keperluan air untuk seharian.Air akan diserap dalam usus, dan orang yang kurang minum air akan mengalami kesukaran sewaktu membuang.Ramai juga yang gemar minum minuman yang berkafein.Kadar kafein yang tinggi menyebabkan penyerapan air yang tinggi dalam usus.Ini akan menyebabkan sembelit kerana kekurangan cecair dalam najis.




Selain itu, pengambilan ubat-ubatan juga menjadi punca sembelit.Contoh ubat seperti painkiller,antidepressants dan diuretic(boleh bertindak seperti kafein).Ada juga yang suka mengambil julap.Julap yang diambil dalam jangka masa panjang menyebabkan usus kita menjadi imun dan perlu meningkatkan kadar julap untuk membuang. Usus kita menjadi kurang sensitif dan bergantung kepada julap semata-mata untuk membuang.

Comments

Popular posts from this blog

Simptom Berlakunya Sembelit

Sembelit sebenarnya boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada kita .Sembelit berlaku  apabila najis atau bahan buangan bergerak perlahan melalui usus besar.Najis yang disimpan terlalu lama  akan menjadi keras dan kering.Ini akan menyebabkan rasa sakit ketika membuang.Sembelit ni bukanlah penyakit tetapi boleh menjadi simptom kepada penyakit.Contoh sembelit  boleh menjadi simptom kepada kanser usus.Apabila makanan ditinggalkan di dalam perut,hanya sebahagian sahaja akan dicerna.Semakin lama najis dalam usus,semakin keras dan keringla najis.Kuantiti najis juga akan meningkat sekiranya ignore perasaan nak ke toilet.Sembelit akan menjadi lebih teruk.Keadaan ini selalu terjadi kepada kanak-kanak.Mereka sanggup elakkan ke toilet di sekolah dan akhirnya terpaksa menahan lama. Ada juga sesetengah orang yang menganggap sembelit ni perkara biasa.Mereka tidak kisah kalau tidak membuang dalam jangka masa yang lama.Oleh itu,penting sangat kita mengetahui simptom sembelit.Antar...

Sembelit Mengundang Bahaya

Assalamualaikum..Sapa yang selalu bila nak membuang ,muka dia macam dalam gambar ni? Selalu sakit je sampai tak sanggup nak membuang? Tu tandanya anda menghadapi sembelit. Sembelit merupakan masalah yang dihadapi oleh ramai orang.Sembelit terjadi disebabkan kurang pengambilan  fiber, ataupun kurang pengambilan air dalam diet harian.Kebiasaan, setiap 25 kg memerlukan lebih kurang 1 liter air.Ramai yang rasa pengambilan air tidak penting. Minum air je sekadar menghilangkan haus semata mata. Pergerakan usus yang tidak normal sama ada kecil,keras atau kering menyebabkan sembelit.Kekarapan seseorang membuang adalah berbeza.Ada yang sekali sehari dan ada juga 2 atau 3 kali sehari.Sepatutnya,setiap orang mesti membuang minimum sekali sehari untuk mengelakkan pengumpulan najis pada usus.Najis yang disimpan di dalam usus dalam jangka masa yang lama,menyebabkan tubuh badan kita bertoksik.Bila toksik banyak berkumpul dalam badan dan tidak dapat dikeluarkan melalui usus,toksik akan ...