Sembelit sebenarnya boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada kita .Sembelit berlaku apabila najis atau bahan buangan bergerak perlahan melalui usus besar.Najis yang disimpan terlalu lama akan menjadi keras dan kering.Ini akan menyebabkan rasa sakit ketika membuang.Sembelit ni bukanlah penyakit tetapi boleh menjadi simptom kepada penyakit.Contoh sembelit boleh menjadi simptom kepada kanser usus.Apabila makanan ditinggalkan di dalam perut,hanya sebahagian sahaja akan dicerna.Semakin lama najis dalam usus,semakin keras dan keringla najis.Kuantiti najis juga akan meningkat sekiranya ignore perasaan nak ke toilet.Sembelit akan menjadi lebih teruk.Keadaan ini selalu terjadi kepada kanak-kanak.Mereka sanggup elakkan ke toilet di sekolah dan akhirnya terpaksa menahan lama.
Ada juga sesetengah orang yang menganggap sembelit ni perkara biasa.Mereka tidak kisah kalau tidak membuang dalam jangka masa yang lama.Oleh itu,penting sangat kita mengetahui simptom sembelit.Antaranya ialah:
- Rasa macam "tak puas" bila membuang.
- Kekerapan membuang yang kurang dari 3 kali seminggu
- Bengkak pada abdomel dan rasa sakit
- Kurang selera makan
- Najis yang kering dan keras
- Berlaku pendarahan sewaktu "membuang"
- Rasa letih
- Selalu pening kepala
Kalau ada simptom-simptom kat atas tu,cepat-cepatlah rawat sembelit sebelum jadi lagi kronik.

Comments
Post a Comment